loading...

Monday 21 December 2015

Mengapa Syahrul Azwari Ke Sarawak?

https://missjewelz.files.wordpress.com/2011/11/


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan dengan isu perpindahan pemain Harimau Muda.
Sebelum ini, KAFA terlibat dengan perebutan Feris Danial Mat Nasir bersama Felda United, namun isu tersebut selesai apabila Felda terpaksa membayar kepada KAFA bagi memastikan kes tersebut selesai.
Kali ini masalah sama berulang apabila Syahrul Azwari membuat keputusan menyertai Sarawak semalam.
Menerusi laman sosial Facebook miliknya, Tan Sri Annuar Musa nyata kecewa apabila FAM tidak memantau perkembangan perpindahan pemain Harimau Muda.
“Apa peraturan sebenar? Bukankah Persatuan dan pemain ini boleh digantung kerana tidak mematuhi peraturan?” katanya.
* Rumour di laman sosial ada menyatakan di sebabkan gaji, Sarawak menawarkan gaji RM15K kepada Syahrul Azwari manakala Kelantan hanya menawarkan RM5K sahaja.
Isu Syahrul Azwari

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...