loading...

Wednesday 2 December 2015

Macam KimK – Apabila Fazura Sangka Peminat Mencarut Padahal…

Akibat salah anggap dan menyangka peminat mencarut di laman Instagram miliknya, pelakon jelita Fazura dikecam hebat oleh netizen.
Pada mulanya seorang wanita meninggalkan komen di salah sebuah foto milik Fazura. Wanita itu mahu mengatakan “macam Kim K” iaitu panggilan popular bagi selebriti popular antarabangsa Kim Kardashian.

kimK = Kim Kardashian


Mungkin Fazura ingat wanita tersebut mahu mencarut dengan menggunakan perkataan k*mak jadi dirinya terus memuat naik foto komen tersebut.
Tak sampai sejam foto tersebut dipadam, iyalah mungkin baru tersebar yang dia salah faham.

“Spell correctly and be careful….”


Selang beberapa minit Fazura sekali lagi memuatnaik foto komen wanita terbabit namun memberi peringatan agar wanita terbabit menggunakan short forms dengan betul, hurm.
Foto tersebut kemudian dipadam lagi oleh Fazura setelah netizen menuntut dirinya mohon maaf. Sekali lagi dia muat naik foto yang lain beserta kapsyen ‘makan dalam’. Berapa banyak kali padam daaa…

“Biarlah saya”

Salam. Selama mempunyai social media, saya sering cuba berdiam diri setiap kali ada tohmahan, kutukan dan kata kata jahat yg ditulis oleh segelintir manusia yg bersikap riak terhadap my loved ones. Saya akan delete atau blocked sahaja kerana tidak mahu melayan walaupun ada segelintir kata kata itu membuat teman teman dan peminat saya terkesan dan bersedih. Sudah lama saya melalui perkara yg sama setiap kali saya upload foto mereka. As a human being, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yg kebanyakan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini banyak kata2 yg digunakan hanya menggunakan short-forms dan double-meaning. Bila saya tegur, buat tak tahu dan mereka bergaduh pula dgn peminat saya yg lain. Why do we always have to make others think or live like us? Why are we so worried? Biarlah saya, kamu atau teman-teman saya hidup dengan cara masing masing. Kemudian, jika ada pendapat atau komen, perlukah guna perkataan, frasa atau slanga dengan double-meaning? Mengundang rasa kurang senang banyak pihak? Hanya ALLAH saja yg tahu. This goes to me and everyone. May we learn from our mistakes and please, if kita tak mahu cakap nice things.. Just don’t comment anything at all. Itu lebih baik. Sending love always ??
Netizen bagaimanapun menuntut Fazura memohon maaf atas kelakuannya ini. Macam-macam…

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...