loading...

Saturday 5 December 2015

K Devan Sebagai Jurulatih Kelantan


Karier K. Devan sebagai jurulatih Selangor begitu cemerlang.

BEKAS jurulatih Negeri Sembilan, K Devan dipilih untuk membimbing pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super  musim hadapan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri  Annuar Musa di sini, hari ini.

Annuar berkata pemilihan jurulatih itu diputuskan selepas Kafa membuat perbandingan dan penilaian teliti.

“Berbekalkan pengalaman dia sebagai jurulatih, Kafa percaya beliau mampu membuat perubahan kepada pasukan,” katanya.

Selain K Devan, tiga pemain baharu turut diperkenalkan Kafa dalam memperkuatkan barisan skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Tiga pemain tersebut ialah Faizal Abu Bakar (PDRM), Manaf Mamat (Terengganu) dan Muslim Ahmad (PDRM).

Berikut 7 Pencapaian K Devan Sebagai Jurulatih :
1. Juara Liga Super 2005/2006 bersama Negeri Sembilan.
2. Juara Liga Perdana 2007/2008 bersama Kuala Muda Naza FC.
3. Juara Liga Super 2009 bersama Selangor.
4. Juara Piala FA 2009 bersama Selangor.
5. Juara Piala Sumbangsih 2009 bersama Selangor.
6. Juara Liga Super 2010 bersama Selangor.
7. Juara Piala Sumbangsih 2010 bersama Selangor.

Biodata K Devan :
Nama : Devan a/l E. Kuppusamy
Tarikh lahir : 12 April 1961 (54 tahun)
Kerjaya Sebagai Ketua Jurulatih :
2004 – Negeri Sembilan FA
2005 – Negeri Sembilan FA
2006 – Negeri Sembilan FA
2007 – Malacca FA
2008 – Kuala Muda Naza FC
2009 – Selangor FA
2010 – Selangor FA
2011 – Selangor FA
2012 – Johor FC
2013 – Felda United FC
2014 – Penang FA
2015 – Negeri Sembilan FA
2016 – Kelantan FA

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...